TTMIK tahap 1 pelajaran 1

From Korean Wiki Project
Jump to: navigation, search

안녕하세요. = Helo. / Hai. / Apa khabar? / Selamat tengah hari. / Selamat petang. / dan lain-lain...

안녕 + 하세요 = 안녕하세요.
[an-nyeong] [ha-se-yo]

안녕 = kesejahteraan, keamanan, kesihatan
하세요 = anda buat, anda?, silakan

안녕하세요 ialah sapaan yang paling biasa digunakan untuk menyambut seseorang di Korea, dan 안녕하세요 ialah 존댓말 [jondaetmal], bahasa sopan/formal. Apabila seseorang menyapa dengan 안녕하세요, anda boleh membalas dengan 안녕하세요.

Contoh Perbualan
A: 안녕하세요. [annyeong-haseyo] = Apa khabar.
B: 안녕하세요. [annyeong-haseyo] = Khabar baik.

감사합니다. = Terima kasih.
감사 + 합니다 = 감사합니다.
[gam-sa]     [hap-ni-da]

감사 = penghargaan, kesyukuran, kesyukuran
합니다 = Saya buat, saya melakukan

감사합니다 adalah cara formal yang paling biasa digunakan untuk mengucapkan "Terima kasih." 감사 bermaksud "kesyukuran" dan 합니다 bermaksud "Saya terima" atau "Saya melakukan" dalam 존댓말, bahasa sopan/formal, jadi apabila digunakan bersama, ia bermakna "Terima kasih.". Anda boleh gunakan pernyataan ini, 감사합니다, pada bila-bila masa sekiranya anda ingin mengatakan "Terima kasih." dalam Bahasa Malaysia.