TTMIK tahap 1 pelajaran 13

From Korean Wiki Project
Jump to: navigation, search

Dalam pelajran ini kami akan belajar bagaimana mengatakan "saya mahu..." dalam Bahasa Korea.

Dalam pelajaran sebelum ini, kita belajar bagaimana mengatakan bahawa sesuatu adalah enak dan juga mengucapkan terima kasih untuk makanan yang anda akan makan.

맛있어요 [ma-si-sseo-yo] = Ini enak.
잘 먹겠습니다. [ jal meok-ge-sseum-ni-da] = Terima kasih untuk makanan ini. Saya akan menikmatinya.

Tetapi sebelum anda pesanan di sebuah restoran atau di sebuah kedai kopi, anda mungkin akan menanya kawan anda bahawa apa yang mereka hendak makan juga apa yang anda hendak makan.

Dalam Bahasa Korea, anda perlu menukar akhir kata kerja. Tetapi jangan bimbang. Ia tidak akan terlalu sukar untuk dilakukan.

-고 싶어요 [-go si-peo-yo] = Saya hendak...

Sekarang, marilah kami berlatih.


Berikut adalah beberapa kata kerja yang sering digunakan dalam Bahasa Korea.

가다 [ga-da] = untuk pergi

보다 [bo-da] = untuk tengok

먹다 [meok-da] = untuk makan

Mengubah kata kerja ini ke dalam bentuk -고 싶어요 adalah sangat mudah.

Hanya menggugurkan [da] (huruf terakhir dalam semua kata kerja Korea) dan menambah - 고 싶어요 [-go sipeoyo].

untuk pergi = 가다 [ga-da] ---> + -고 싶어요

가고 싶어요 [ga-go si-peo-yo]

Saya mahu pergi.

untuk tengok = 보다 [bo-da] ---> + -고 싶어요

보고 싶어요 [bo-go si-peo-yo]

Saya mahu tengok.

untuk makan = 먹다 [meok-da] ---> + -고 싶어요

먹고 싶어요 [meok-go si-peo-yo]
Saya mahu makan.


contoh perbualan

A: 뭐 먹고 싶어요? [mwo meok-go si-peo-yo?] = Apa anda mahu makan?

B: 햄버거 먹고 싶어요. [haem-beo-geo meok-go si-peo-yo] = Saya mahu makan hamburger.

Berikut adalah satu perkataan yang berguna.

[deo] = lebih


Sekarang anda tahu bagaimana untuk mengatakan "Saya mahu makan..." anda boleh mengatakan "Saya mahu makan lebih." dengan menggunakan perkataan ini (더).

먹고 싶어요. [meok-go si-PEO-yo] = saya mahu makan.

먹고 싶어요. [Deo meok-go si-peo-yo] = saya mahu makan lebih.

    • Di sini perhatikan susunan perkataan.