TTMIK tahap 1 pelajaran 18

From Korean Wiki Project
Jump to: navigation, search

Seperti yang anda ketahui, di dalam Bahasa Korea, terdapat beberapa "partikel" yang digunakan untuk menandakan peranan atau tugas sesetengah kata nama, dan setakat ini, kita telah belajar mengenai partikel penanda subjek ( [i] dan [ga]) serta partikel penanda topik ( [eun] dan [neun]). Dalam pelajaran ini, kita akan belajar mengenai partikel penanda tempat/kedudukan, 에 [e] dan 에서 [e-seo], serta kita juga akan belajar bagaimana mengatakan DI MANA/ KE MANA dalam Bahasa Korea.

Pertama sekali, mari belajar perkataan untuk "DI MANA/ KE MANA" atau "DI TEMPAT MANA".

어디 [eo-di] = DI MANA/ KE MANA, DI TEMPAT MANA

Sekarang, mari kita belajar bagaimana bertanyakan « Awak mahu pergi ke mana ? » dalam Bahasa Korea.

pergi = 가다 [ga-da]
mahu = 고 싶어요 [go si-peo-yo]

Masih ingat cara penggunaan 고 싶어요 [go si-peo-yo]? Ya, gugurkan 다 dari hujung kata kerja dan tambahkan 고 싶어요.

가다 + 고 싶어요 --> 가고 싶어요 [ga-go si-peo-yo] = Saya mahu pergi.

가고 싶어요 = Saya mahu pergi.
가고 싶어요? = Awak mahu pergi ?

Sekarang cuma perlu tambahkan 어디 (eo-di) di depan kata kerja.
어디 가고 싶어요? [eo-di ga-go si-peo-yo?] = Awak mahu pergi ke mana ?

Kenapa partikel penanda tempat/kedudukan digunakan?


Suatu ayat BOLEH berdiri tanpa perlu menggunakan partikel penanda kedudukan (seperti dalam contoh di atas: 어디 가고 싶어요? ), namun adalah lebih afdal sekiranya partikel penanda kedudukan digunakan supaya mesej yang ingin disampaikan melalui suatu ayat itu lebih jelas. Terdapat pelbagai partikel penanda kedudukan dalam Bahasa Korea tetapi kali ini, kita akan melihat kepada dua partikel yang paling asas iaitu, 에 [e] dan 에서 [e-seo].

[e] = di, ke

Kata nama + [e]

에 adalah partikel penanda kedudukan tetapi fungsinya bukan sekadar itu sahaja. Partikel ini bermaksud "di", "ke", dsb, dan ia boleh digunakan untuk menandakan tempat, masa, situasi dan banyak perkara lagi tetapi di sini, fokus ditujukan kepada peranannya sebagai penanda tempat/kedudukan

Mari kita lihat penggunaannnya dalam Bahasa Korea.

Contoh 1
Mari berkata "Saya telah pergi ke sekolah." dalam Bahasa Korea.
1. pergi = 가다 [ga-da]

Saya telah pergi = 가 + 았어요 = 갔어요 [ga-sseo-yo]

2. sekolah= 학교 [hak-gyo]
3. ke = 에 [e]
Saya telah pergi ke sekolah. = 학교 갔어요. [hak-gyo-e ga-sseo-yo]

Contoh 2
Mari berkata "Saya telah datang ke Korea" dalam Bahasa Korea.
1.datang = 오다 [o-da]

Saya telah datang = 오 + 았어요 = 왔어요 [wa-sseo-yo]

2. Korea = 한국 [han-guk]
3. ke = 에 [e]
Saya telah datang ke Korea. = 한국 왔어요. [han-guk-e wa-sseo-yo]

Contoh 3
"Awak mahu pergi ke mana?".
1. pergi = 가다 [ga-da]

Awak mahu pergi = 가 + 고 싶어요 = 가고 싶어요 [ga-go si-peo-yo]

2. mana = 어디 [eo-di]
3. ke = 에 [e]
Awak mahu ke mana ? =어디 가고 싶어요? [eo-di-e ga-go si-peo-yo?]

Contoh 4
"Awak ada di mana?".
1. ada = 있다 [it-da]

Awak ada = 있 + 어요 = 있어요 [i-sseo-yo]

2. mana = 어디 [eo-di]
3. di = 에 [e]
Awak ada di mana? = 어디 있어요 ? [eo-di-e i-sseo-yo?]

Awak ada di mana sekarang? = 지금 어디에 있어요 ? [ji-geum eo-di-e i-sseo-yo ?]
= 어디에 있어요 지금 ? [eo-di-e i-sseo-yo ji-geum ?]


에서 [e-seo] = di, ke, dari

Kata nama + 에서 [e-seo]
에서 [e-seo] boleh membawa erti yang banyak tetapi mari kita lihat dua peranan utamanya.

에서 [e-seo] menyatakan tentang :
1. tempat di mana sesuatu perbuatan itu berlaku

(Cth. Saya belajar di perpustakaan / Saya berjumpa kawan-kawan di Seoul.)

2. fungsinya yang membawa maksud « dari »

(Es. Saya datang dari Seoul. / Bungkusan ini datang dari Sepanyol.)

Perbezaan di antara 에 dan 에서.

에 dan 에서 kedua-duanya membawa maksud "di, ke" dalam Bahasa Malaysia. Jadi apakah perbezaannya?

menerangkan tentang lokasi di mana suatu benda/orang itu berada atau wujud ATAU arah tujuan yang anda hendak pergi.

Cth) 집 있어요. = Saya ada di rumah.

가요. = Saya pergi ke rumah.

에서 menerangkan tentang lokasi di mana sesuatu perbuatan itu berlaku.

Cth) 집에서 일해요 = Saya bekerja di rumah.

에서 뭐 해요 ? = Apa yang anda buat di rumah?

Beberapa kata kerja dan konjugasinya yang berguna

가다 [ga-da] = pergi
가요 [ga-yo] = Saya pergi / Awak pergi / Dia pergi / Mereka pergi / Mari pergi
갔어요 [ga-sseo-yo] = telah pergi

오다 [o-da] = datang
왔어요 [wa-sseo-yo] = telah datang

있다 [it-da] = ada, wujud
있었어요 [i-sseo-sseo-yo] = telah berada, telah wujud

보다 [bo-da] = lihat, tengok, tonton
봤어요 [bwa-sseo-yo] = telah melihat

하다 [ha-da] = buat
했어요 [hae-sseo-yo] = telah buat



TTMIK.png
This PDF is to be used along with the MP3 audio lesson available at TalkToMeInKorean.com. Please feel free to share TalkToMeInKorean’s free Korean lessons and PDF files with anybody who is studying Korean. If you have any questions or feedback, visit TalkToMeInKorean.com. This PDF translation project is a joint project between TalkToMeInKorean.com and KoreanWikiProject.com.