TTMIK tahap 1 pelajaran 3

From Korean Wiki Project
Jump to: navigation, search

Selepas mendengar pengajaran ini, anda akan dapat mengatakan selamat tinggal dalam Bahasa Korea.

Adakah anda ingat bagaimana untuk berkata “Helo” dalam Bahasa Korea?

안녕하세요. [an-nyeong-ha-se-yo]

Jika anda mengingati 안녕하세요, itu hebat. Dan jika anda juga mengingati bahawa “안녕” dalam 안녕하세요 bermaksud “keamanan” and “kesejahteraan”, itu lagi hebat.

안녕 [an-nyeong] = kesejahteraan, keamanan, kesihatan

Dan dalam Bahasa Korea, apabila anda berkata “Selamat tinggal” dalam bahasa formal/sopan Korea, 존댓말 [ jondaetmal], terdapat dua jenis ungkapan, dan kedua-dua ungkapan ini mempunyai perkataan 안녕 [an-nyeong] di dalamnya.

Satu ialah apabila anda adalah orang yang meninggalkan sesuatu tempat.
Dan satu lagi ialah apabila anda adalah orang yang tidak meninggalkan sesuatu tempat.

Jika anda meninggalkan sesuatu tempat, dan seseorang (atau lebih daripada seorang) yang lain itu tidak, anda boleh berkata:

안녕히 계세요. [an-nyeong-hi gye-se-yo]


Sekiranya anda adalah orang yang tidak meninggalkan sesuatu tempat, dan seseorang (atau lebih daripada seorang) yang lain itu yang meninggalkan tempat, anda boleh berkata:

안녕히 가세요.[an-nyeong-hi ga-se-yo]

Buat masa ini, jangan bimbang mengenai makna sastera untuk ungkapan-ungkapan ini dan hanya belajar seperti apa yang dipelajari, tetapi sekiranya anda betul-betul hairan dan sekiranya kami terpaksa menterjemahkan persalaman ini, ia akan diterjemahkan seperti berikut.

안녕히 계세요. = Tinggal di sini dengan aman.

안녕히 가세요. = Pergi dengan aman.

Tapi diulangi, jangan bimbang mengenai makna sastera untuk persalaman ini LAGI!

**Satu tip yang diberikan oleh Hyunwoo kepada anda:

Apabila orang Korea berkata 안녕하세요 [an-nyeong-ha-se-yo], 안녕히 계세요 [an-nyeong-hi gye-se-yo] atau 안녕히 가세요 [an-nyeong-hi ga-se-yo], mereka tidak semestinya menyebut SEMUA perkataan dengan jelas. Kebarangkalian, apa yang anda akan dengar hanyalah bahagian akhir, “세요” [se-yo].

Jadi anda boleh kelihatan fasih secara sengaja dengan hanya mengatakan 세요 [se-yo] untuk kesemua keadaan-keadaan tersebut.