TTMIK tahap 1 pelajaran 7

From Korean Wiki Project
Jump to: navigation, search

Dalam pelajaran kali ini, anda akan belajar bagaimana caranya hendak berkata 'ini', 'itu' dan 'benda itu' dalam bahasa Korea. Jikalau dalam bahasa Malaysia, perkataan 'ini' dan 'itu' boleh berdiri dengan sendiri dan boleh digunakan untuk menukar perkataan.

Contoh)

Dalam bahasa Malaysia anda boleh berkata, 'Ini kereta saya.' dan juga 'Kereta ini kepunyaan saya.' Maka, perkataan 'ini' yang dinyatakan di sini boleh digunakan sebagai kata ganti nama diri dan juga sebagai perkataan yang menukar maksud 'kereta'. Namun, dalam bahasa Korea, perkataan untuk 'ini' sebagai sebuah pemboleh-ubah dan 'ini' sebagai contoh dalam penggunaan ayat 'barang ini' adalah dilarang sama sekali dalam dan ia adalah sama untuk 'itu' juga.

[i] = ini(dekat dengan anda)

[geu] = itu (dekat dengan orang yang sedang anda berbual dengan)

[jeo] = itu (di sana)


[gambar]

Memandangkan 이, 그, dan 저 dalam bahasa Korea hanya boleh digunakan sebagai pemboleh ubah, apabila anda hendak berkata 'ini', 'itu' atau 'benda itu' sebagai kata ganti nama diri, anda mestilah menambah perkataan [geo] atau [geot] selepas perkataan-perkataan ini.

[geo] = [geot] = benda atau fakta.

Maka...

[i] = ini

이 + 것 = 이것 [i-geot] atau 이거 [i-geo] = Benda ini, barang ini.

[geu] = itu

그 + 것 = 그것 [geu-geot] atau 그거 [geu-geo] = Benda itu, barang itu

[jeo] = itu.. yang berada di sana.

저 + 것 = 저것 [geu-geot] atau 저거 [geu-geo] = Benda yang berada di sana itu

Anda juga boleh mereka pelbagai ekspresi menggunakan 이, 그, atau 저 bersama dengan perkataan-perkataan lain.


Contoh)

사람 [sa-ram] bermaksud orang atau seseorang

이 사람 [i sa-ram] = orang ini

그 사람 [geu sa-ram] = orang itu

저 사람 [jeo sa-ram] = orang yang berada di situ

Big text

Heading text