TTMIK tahap 1 pelajaran 14

From Korean Wiki Project
Revision as of 04:43, 21 January 2012 by Raconteur (Talk | contribs)

(diff) ← Older revision | Latest revision (diff) | Newer revision → (diff)
Jump to: navigation, search

Dalam pelajaran lalu, kita telah belajar bagaimana untuk mengatakan "saya mahu..." dalam Bahasa Korea. Melalui pelajaran kali ini, kita akan mempraktikkan struktur ayat "saya mahu..." melalui beberapa contoh perbualan.

Mari kita melihat 5 contoh kata kerja. Usah bimbang jika anda baru pertama kali mengenali kata-kata kerja ini kerana pada tahap ini, belajar cara menggunakan kata-kata kerja tersebut adalah lebih penting daripada menghafal satu persatu kata-kata kerja ini.

하다 [ha-da] = buat
보다 [bo-da] = tengok/lihat/tonton
먹다 [meok-da] = makan
사다 [sa-da] = beli
마시다 [ma-si-da] = minum

Anda masih ingat cara untuk menukar suatu kata kerja ke dalam bentuk "saya mahu + kata kerja"?

+ + 고 싶어요

Ya. Gugurkan 다 [da] dan sambungkan 고 싶어요 [go si-peo-yo] selepas kata kerja tersebut

하다 --> 하고 싶어요 [ha-go si-peo-yo] =(Io) Saya mahu membuat ...
보다 --> 보고 싶어요 [bo-go si-peo-yo] = (Io) Saya mahu melihat/menonton ...
먹다 --> 먹고 싶어요 [meok-go si-peo-yo] = (Io) Saya mahu makan ...
사다 --> 사고 싶어요 [sa-go si-peo-yo] =(Io) Saya mahu membeli ...
마시다 --> 마시고 싶어요 [ma-si-go si-peo-yo] = (Io) Saya mahu minum ...

Masih ingat bagaimana untuk mengatakan "APA" dalam Bahasa Korea?

[mwo] = Apa

Contoh perbualan:


** Ingat: Dalam bahasa Korea, objek didahulukan sebelum kata kerja.

A: 뭐 하고 싶어요? [mwo ha-go si-peo-yo?] = Awak mahu buat apa?
B: 텔레비전 보고 싶어요. [tel-le-bi-jeon bo-go si-peo-yo] = Saya mahu menonton televisyen
A: 텔레비전 보고 싶어요? [tel-le-bi-jeon bo-go si-peo-yo?] = Awak mahu menonton televisyen?
B: 네. [ne] = Ya.
A: 뭐 보고 싶어요? [mwo bo-go si-peo-yo?] = Awak mahu menonton apa?
B: 뉴스 보고 싶어요. [nyu-seu bo-go si-peo-yo] = Saya mahu menonton berita.

A: 이거 사고 싶어요. [i-geo sa-go si-peo-yo] = Saya mahu membeli yang ini.
B: 이거요? [i-geo-yo?] = Yang ini?
A: 네. 이거 먹고 싶어요. [ne. i-geo meok-go si-peo-yo] = Ya. Saya mahu makan ini
B: 이거 뭐예요? [i-geo mwo-ye-yo?] = Ini apa?
A: 이거 김밥이에요. [i-geo gim-bap-i-e-yo] = Ini ialah gimbap.

Beberapa lagi kata kerja yang berguna

읽다 [ilg-da] = baca / 읽고 싶어요 [il-ggo si-peo-yo] = Saya mahu membaca.
자다 [ja-da] = tidur / 자고 싶어요 [ja-go si-peo-yo] = Saya mahu tidur.
놀다 [nol-da] = main / 놀고 싶어요 [nol-go si-peo-yo] = Saya mahu bermain.
쉬다 [swi-da] = rehat / 쉬고 싶어요 [swi-go si-peo-yo] = Saya mahu berehat.
일하다 [il-ha-da] = kerja / 일하고 싶어요 [il-ha-go si-peo-yo] = Saya mahu bekerja.



TTMIK.png
This PDF is to be used along with the MP3 audio lesson available at TalkToMeInKorean.com. Please feel free to share TalkToMeInKorean’s free Korean lessons and PDF files with anybody who is studying Korean. If you have any questions or feedback, visit TalkToMeInKorean.com. This PDF translation project is a joint project between TalkToMeInKorean.com and KoreanWikiProject.com.