TTMIK tahap 7 pelajaran 1

From Korean Wiki Project
Revision as of 15:19, 21 October 2012 by Mathematican (Talk | contribs)

(diff) ← Older revision | Latest revision (diff) | Newer revision → (diff)
Jump to: navigation, search

Dalam topik ini, kita melihat pada ayat pengakhir -(는)구나 dan -(는)군요. -(는)구나 digunakan dalam 반말 (kasual, bahasa tidak formal) dan -(는)군요 hanya digunakan dalam 존댓말 (sopan, bahasa formal).


Bila digunakan?


Awak boleh gunakan -(는)구나 dan -(는)군요 bila awak baru sahaja perasan/sedar atau mendapat tau tentang sesuatu buat kali pertama, khususnya untuk mengekspresi realisasi awak. Awak kadang-kadang boleh guna ayat pengakhir ini untuk menunjukkan yang awak 'surprised', tapi ini bergantung pada intonasi ayat itu.


Mari kita bandingkan beberapa ayat menggunakan pengakhir -(는)구나 atau -(는)군요 dengan beberapa ayat-ayat biasa.


1. 여기있었어요 = (Sudah/telah) ada di sini


존댓말 -->여기있었군요 = (Saya nampak yang) ada di sini. / Owh, awak ada di sini

반말 -->여기있었구나 = (sama maksud seperti di atas)


2. 생각보다비싸요 = Dari fikiransaya, ia adalah mahal


존댓말 -->생각보다비싸군요 = (saya nampak yang) dari fikiransaya, ia adalah mahal. / Owh, dari fikiran saya, ia adalah mahal

반말 -->생각보다비싸구나 = (sama maksud seperti di atas)


3. 여기살아요 = Saya tinggal di sini. Dia timggal di sini. Mereka tinggal di sini. dsb...


존댓말 -->여기사는군요 = (Saya nampak yang) awak tinggal di sini / Owh, awak tinggal di sini
반말 -->여기사는구나 = (sama maksud seperti di atas)


Pengaturan

[Kata-kata Lepas]
Kata kerja + -았/었/였군요
kata kerja + -았/었/였구나


[Kata-kata Kini]
-Kata kerja tindakan: Kata kerja + -는군요/는구나
-Kata kerja deskriptif: Kata kerja + -군요/구나


-(는)군요 dan -(는)군

Asasnya, bila awak keluarkan -요 di hujung ayat korea itu, ia menjadi ayat 반말 dan ia sama seperti -(는)군요. Oleh itu, daripada berkata -(는)군요, kalau awak cakap -(는)군, ia menjadi sama tahap seperti -(는)구나. Walaupun maksud asasnya adalah sama, bagaimanapun, -(는)구나lebihumumdigunakandalampercakapan. Kadang-kadang, orang akanberkata -(는)군, tapi dengan berkata ini akan membuatkan ayat awak sedikit macam bahasa tulisan dan lebih maskulin.


Ex) 이거맛있구나 = (Saya tak tau sebelum nitapi baru perasan/sedar yang) ini adalah enak!


이거맛있군 -->Ayat ini mempunyai maksud asas yang sama macam ayat tadi, tapi bunyinya lebih sedikit maskulin dan macam bahasa tulisan.


Kata Nama + -군요/구나 Bila awak nak cakap "Kata Nama + -이다", kalau kata kerja itu berakhir dengan konsonan, awak biarkan -이 dan tambah -군요 or -구나.

Ex) 이거군요/이거구나


Contoh Ayat-Ayat Lain


1. 여기진짜넓구나! = Tempat ni sangat besar!


2. 이게그거였군요! = Jadi inilah apa yang awak cakapkan!


3. 이렇게하는거군요. = Jadi inilah caranya awak buat/lakukan.


4. 벌써 11월이구나! = (Saya tak perasan/sedar sebelum ni tapi) dah masuk November!


5. 어제도만났군요. = (Saya tak tau sebelum ni tapi saya baru dapat tau yang) awak berjumpe jugak semalam.


Written best by,
-Wan Imran-