TTMIK tahap 1 pelajaran 9
Partikel Penanda Topik
은 [eun] / 는 [neun]
Peranan utama partikel penanda topik ini adalah untuk membiarkan orang lain tahu apa yang anda bicarakan atau apa yang akan dibicarakan, dan partikel penanda topik dilampirkan di selepas kata nama.
Perkataan yang berakhir dengan konsonan terakhir + 은
Perkataan yang berakhir dengan vokal terakhir + 는
Contoh:
- 가방 [ga-bang] + 은 [eun]
- 나 [na] + 는 [neun]
Topik dalam sesuatu ayat, yang ditandai dengan 은 [eun] atau 는 [neun] biasanya (tapi tidak selalu) adalah sama seperti subjek dalam ayat tersebut.
- 저 [jeo] = Saya
- 저 + 는 [neun] = 저는 [jeo-neun] = pada aku / (saya yang sedang bercakap) saya
- 저는 학생이에요. [jeo-neun hak-saeng-i-e-yo] = Pada saya, saya adalah seorang pelajar. / Saya adalah seorang pelajar.
Disini, perkataan 저(saya) adalah kedua-duanya topik kepada sesuatu ayat (bercakap berkenaan dengan "saya" disini) dan subjek ayat tersebut ("saya" adalah subjek)
Tetapi keunikan bahasa korea ini boleh ditemui dalam ayat contoh berikut.
내일은 저는 일해요. [nae-il-eun jeo-neun il-hae-yo]
= "Pada esok hari, saya bekerja." Disini, 내일 [nae-il], esok hari, akan diikuti dengan 은 [eun], iaitu topik, tapi bukan subjek untuk kata kerja 일하다 [il-ha-da], "untuk bekerja" sebab itu adalah bukan "esok hari" yang berfungsi tetapi "saya" yang berfungsi. Partikel pananda subjek 이 [i] / 가 [ga]
Peranan partikel penanda subjek ini lebih mudah kalau dibandingkan dengan peranan partikel penanda topik.
Perkataan yang berakhir dengan konsonan terakhir + 이
Perkataan yang berakhir dengan vokal terakhir + 가
Contoh:
- 가방 [ga-bang] + 이 [i]
- 학교 [hak-gyo] + 가 [ga]
Jadi, pada dasarnya, partikel penanda topik (은/는) ini mengekspresikan apa topik untuk sesuatu ayat itu, dan partikel penanda subjek (이/가) menunjukkan apa subjek untuk sesuatu ayat itu, tetapi itu bukan kesemuanya.
Apa lagi yang ada mengenai partikel 은/는/이/가 ini?
- Selain menandakan topik, 은 [eun] / 는 [neun] mempunyai nuansa "berkenaan" sesuatu, "sebagai" sesuatu ataupun "tidak seperti hal-hal lain" atau "berbeza dari hal-hal lain".
- Selain menandakan subjek, 이 [i] / 가 [ga] mempunyai nuansa "tidak lain dari", "apa-apa selain", dan juga bila digunakan dalam ayat yang kompleks, peranannya adalah menandakan subjek tanpa ditekankan/dititikberatkan terlalu banyak.
Mari lihat berberapa contoh dari (1).
- 이거 [i-geo] = ini / 사과 [sa-gwa] = epal / 예요 [ye-yo] = untuk jadi / ialah (adalah)
- 이거 사과예요. [i-geo sa-gwa-ye-yo] = Ini ialah sebuah epal.
Anda boleh menambah 은/는 dalam ini, dan dalam hal ini subjek, 이거, berakhir dengan vokal, jadi tambah 는.
- 이거는 사과예요. [i-geo-NEUN sa-gwa-ye-yo]
= (benda lain bukannya epal, tapi) INI adalah epal.
Jadi, anda boleh membayangkan orang sedang bercakap seperti ini:
- 이거 커피예요. [i-geo keo-pi-ye-yo] (= Ini ialah kopi)
- 이거는 물이에요. [i-geo-NEUN mul-i-e-yo] (= Itu merupakan kopi, tetapi YANG INI, ia adalah air.)
- 이거는 오렌지주스예요. [i-geo-NEUN o-ren-ji-ju-seu-ye-yo] (= DAN YANG INI, berlainan semula, ia adalah jus oren.)
- 이거는 뭐예요? [i-geo-NEUN mwo-ye-yo?] (= Dan apa kata yang ini pula, Apa ini?)
Seperti yang dapat anda lihat dari contoh ini, 은/는 mempunyai peranan menekankan topik dalam ayat dengan memberikan nuansa "yang itu ialah ... dan/tapi YANG INI ialah ..." Jadi kadang-kadang ia tidak semulajadi 은/는 untuk digunakan pada setiap ayat yang anda kata.
Jadi dalam bahasa Korea, walaupun 은 dan 는 umumnya partikel penanda topik, orang sering menggunakan 은 / 는 untuk benar-benar menekankan topik yang bertentangan dengan bahagian lain dari ayat.
Sebagai contoh, jika anda ingin mengatakan "cuaca baik hari ini", anda boleh mengatakannya dalam banyak cara. (Jangan bimbang tentang semua ayat di sini, hanya fokus pada penggunaan 은 / 는 .)
- 오늘 날씨 좋네요. [o-neul nal-ssi jot-ne-yo] Cuaca hari ini baik.
- 오늘은 날씨 좋네요. [o-neul-EUN nal-ssi jot-ne-yo] (Cuaca belum begitu baik akhir-akhir ini, tapi HARI INI, baik..)
- 오늘 날씨는 좋네요. [o-neul nal-ssi-NEUN jot-ne-yo] (Hari ini, belum tentu segala sesuatu yang lain juga, tapi sekurang-kurangnya cuaca baik.)
Jadi, ITULAH bagaimana hebat dan bergunanya partikel penanda topik (은/는) ini dalam penukaran nuansa ayat korea anda!
Mari lihat beberapa contoh dari (2).
- 좋아요 [jo-a-yo] = ia adalah baik / 뭐 [mwo] = apa / 이/가 [i/ga] = partikel penanda subjek
bayangkan apabila seseorang berkata “좋아요. [jo-a-yo]” dan itu bermaksud "ia adalah bagus/baik" atau "saya suka".
Tetapi jika anda tidak berapa pasti APA yang baik, anda boleh tanya "APA yang baik?" or "Apa yang anda cakap?"
Dalam mengekspresikan sikap ingin tahu anda kepada "APA" yang baik, anda boleh tanya:
- 뭐가 좋아요? [mwo-GA jo-a-yo?]
Disini perkataan 가 [ga] menekankan apa yang subjek dari kata kerja bagi "untuk jadi / 좋아요".
Jika seseorang berkata, ABC 좋아요. [ABC jo-a-yo] = ABC adalah baik.
Dan jika anda tidak setuju dan anda fikir XYZ yang baik, bukan ABC, anda boleh mengekspresi pendapat anda bahawa subjek "menjadi baik" haruslah XYZ, bukan ABC, dengan mengatakan:
- ABC 좋아요? XYZ가 좋아요! [ABC jo-a-yo? XYZ-GA jo-a-yo]
Jadi, dengan 이 dan 가, anda boleh menambah lebih perisa dan maksud yang lebih mendalam dalam ayat korea anda apabila anda ingin menekankan SIAPA yang buat sesuatu, MANA SATU yang baik, dan lain-lain.
Adakah itu saja?
Hampir.
Seperti yang dapat anda lihat dari atas, 은/는 dan 이/가 keduanya mempunyai peranan yang berbeza, namun peranan 은/는 sebagai faktor 'berlawanan' adalah lebih kuat, kerana anda boleh menukar topik ayat dengan 은/는. Jadi, apabila anda membentuk ayat kompleks (i.e. saya pikir buku yang anda beli lebih menarik daripada buku yang saya beli.), Secara umum, 은/는 tidak begitu umum digunakan di seluruh ayat. Sering kali 은/는/이/가 boleh dibuang, tetapi ketika anda perlu partikel untuk memperjelas makna,이/가 akan lebih kerap digunakan.
~Translated by 완~