TTMIK tahap 2 pelajaran 1

From Korean Wiki Project
Revision as of 15:59, 2 July 2013 by Mathematican (Talk | contribs)

Jump to: navigation, search

Selamat datang ke Level 2! dan tahniah dalam mencapai sehingga Level 1 setakat ini. Dalam level 2, kita akan melihat pada kata kerja dan ayat yang awak boleh bina atas apa yang dah awak pelajari melalui Level 1.

Untuk pelajaran ini, kita akan mempelajari bagaimana bercakap tentang perkara masa depan dalam bahasa Korea.

Kata Masa Depan

cara paling umum dalam membuat kata masa depan adalah menambah ㄹ/을 거예요 [l/eul geo-ye-yo].

Kata kerja + ㄹ/을 거예요 = kata masa depan!

Bagaimana ingin mengenalpasti sama ada guna ㄹ 거예요 atau 을 거예요:

1. Kata kerja yang berakhir dengan vokal (보다, 가다, 자다) diikuti dengan ㄹ 거예요. 2. Kata kerja yang berakhir dengan konsonan (먹다, 찾다, 붙다) diikuti dengan 을 거예요. (**Tiada sebab kompleks untuk ini, cuma untuk permudahkan sebutan.) 3. Pengecualian: Kata kerja yang memang berakhir dengan ㄹ pada hujungnya (놀다, 멀다, 살다) cuma diikuti dengan 거예요.

Apabila suatu kata kerja ditukar kepada bentuk ini, ia memberi maksud "akan" membuat sesuatu. Tapi ketika awak akan mengetahui apabila awak dengar banyak percakapan bahasa korea antara orang korea, kata kini boleh juga mengekspresikan masa depan, apabila konteksnya adalah jelas.

Contohnya, "Saya akan pergi esok." ialah 내일 갈 거예요 dalam kata masa depan. tapi walaupun awak cakap 내일 가요 iaitu dalam kata kini, ia masih masuk akal, terpulang pada situasi itu.

Contoh

가다 [ga-da] = to go

가 + ㄹ 거예요 [ga + l geo-ye-yo] --> 갈 거예요 [gal geo-ye-yo] = Saya akan pergi

지금 갈 거예요 = Saya akan pergi sekarang 혼자 갈 거예요 = Saya akan pergi berseorangan 내일 갈 거예요 = Saya akan pergi esok

하다 [ha-da] = to do

하 + ㄹ 거예요 [ha + l geo-ye-yo] --> 할 거예요 [hal geo-ye-yo]

뭐 할 거예요? = Apa awak akan buat? 언제 할 거예요? = Bila awak akan buat? 이거 정말 할 거예요? = Awak betul-betul/benar-benar akan buat ini?

입다 [ip-da] = to wear

입 + 을 거예요 [ip + eul geo-ye-yo] --> 입을 거예요 [i-beul geo-ye-yo]

청바지 입을 거예요 = Saya akan memakai jeans 티셔츠 입을 거예요 = Saya akan memakai t-shirt 뭐 일을 거예요? = Awak akan pakai apa?

만나다 [man-na-da] = to meet

만나 + ㄹ 거예요 [man-na + l geo-ye-yo] --> 만날 거예요 [man-nal geo-ye-yo]

누구 만날 거예요? = Awak akan berjumpa dengan siapa? 어디에서 만날 거예요? = Dimanakah awak akan berjumpa? 언제 만날 거예요? = Bilakah awak akan bertemu?

팔다 [pal-da] = to sell

팔 + 거예요 [pal + geo-ye-yo] --> 팔 거예요 [pal geo-ye-yo]

뭐 팔 거예요? = Apakah yang akan awak jual? 어디에서 팔 거예요? = Dimanakah awak akan jual? 얼마에 팔 거예요? = Berapa awak akan jual?