TTMIK tahap 1 pelajaran 10

From Korean Wiki Project
Revision as of 17:47, 4 December 2010 by Nisyaz (Talk | contribs)

(diff) ← Older revision | Latest revision (diff) | Newer revision → (diff)
Jump to: navigation, search

Dalam pelajaran kali ini, kita akan lihat pada ekspresi,

       “있어요” [i-sseo-yo] dan ”없어요” [eop-sseo-yo]

Apabila anda hendak berkata tentang sesuatu yang seseorang ada/tidak ada, dan juga tentang perkara yang wujud/tak wujud, anda bolehlah menggunakan ekspresi berikut.

있어요 [i-sseo-yo] datang daripada 있다 [it-da], dan ia secara ringkasnya merujuk kepada sesuatu yang wujud dan ada.
Jikalau anda sedang berkata tentang seseorang atau sesuatu yang ada di sesuatu tempat yang tertentu, maksudnya boleh juga menjadi 'adalah untuk' .
Contoh) Saya ada di sini. / Ia berada di sana. / Saya berada di rumah sekarang.


Dan jikalau anda hendak berkata tentang sesuatu (atau seseorang dalam sesetengah kes) di dalam hak milik anda, ia bermaksud 'memiliki/mempunyai'.
Ex) Saya mempunyai seorang kakak. / Saya memiliki/ada sebelas anjing. / Awak mempunyai kapal terbang sendiri?

Dan 없어요 [eop-sseo-yo] adalah berlainan dengannya, dan ia datang dari perkataan 없다 [eop-da]. Walaupun ada cara lain untuk berkata perkara yang sama, menggunakan 있어요 dan menukarkannya kepada ayat yang negatif, kerana itu adanya satu kata kerja dalam bahasa Korea (없어요) untuk meluahkan tentang ketiadaan sesuatu, ia adalah lebih selesa untuk menggunakan 없어요 daripada berkata 있지 않아요 atau 안 있어요 (kita akan belajar tentang perkara ini dengan lebih lanjut dalam pelajaran yang akan datang, pelajaran 21)

Maka, kesimpulannya,

있어요 <--> 없어요

                                         [i-sseo-yo]           [eop-sseo-yo]

Mari kita lihat lebih banyak lagi contoh!

있어요 [i-sseo-yo]

Dan, dalam contoh-contoh yang kita bakal gunakan, mari kita gunakan perkataan berikut:

물 [mul] = air / 친구 [chin-gu] = kawan / 시간 [si-gan] = masa

Anda hanyalah perlu menambahkan 있어요 di hujung perkataan yang anda sedang merujuk kepada.

1. 물 있어요. [mul i-sseo-yo] = Ada air. / Air wujud / Saya ada air. / Mereka ada air.

2. 물 있어요? [mul i-sseo-yo?] = Adakah air? / Awak ada air? / Mereka ada air?

3. 친구 있어요. [chin-gu i-sseo-yo] = Saya ada ramai kawan. / Saya ada kawan. / Mereka adalah kawan saya.

4. 친구 있어요? [chin-gu i-sseo-yo?] = Awak ada kawan? / Mereka ada kawan?

5. 시간 있어요. [si-gan i-sseo-yo] = Saya mempunyai masa.

6. 시간 있어요? [si-gan i-sseo-yo?] = Adakah masa? / Awak ada masa?

Dan hanya dengan menggantikan 있어요 [i-sseo-yo] dengan 없어요 [eops-eo-yo] anda akan mendapat ayat berikut dalam maksud yang berlainan.

없어요 [eop-sseo-yo]

1. 시간 없어요. [si-gan eop-sseo-yo] = Sudah kesuntukan masa. / Saya tiada masa. / Kita tidak ada masa. There is no time.

2. 친구 없어요. [chin-gu eop-sseo-yo] = Saya tak ada kawan.


Masa untuk mengulangkaji ---------------------------------------------

Adakah anda ingat tentang penggunaan 은/는 [eun/neun], predikat(topik) dan 이/가 [i/ga], subjek?

은 dan 는 menandakan topik sesuatu ayat, dan pada masa yang sama membesar-besarkan penjelasan antara topik sesuatu ayat dan perkara yang lain.
Jadi, jikalau anda berkata 시간 없어요. [si-gan eops-eo-yo] yang bermaksud 'Saya tiada masa' atau 'Saya kesuntukan masa'. dan jikalau anda ingin berkata 'Saya cukup benda lain, hanya MASA sahaja yang saya tiada.' Anda boleh berkata sebegitu dengan mudah hanya dengan menambah 은 [eun] atau 는 [neun] di penghujung 시간 [si-gan] (Tapi dalam kes ini,시간 berakhir dengan konsonan yang terakhir maka 은 dipakai), perkataan ini menjadi 시간은 없어요.

Dan jikalau seseorang bertanya pada anda, "Apa yang kamu tiada? Apa yang sedang kamu ingin katakan, yang kamu tidak punyai?"
Anda boleh menjawab dengan berkata, "MASA. Masa adalah apa yang saya tidak ada." dan ia boleh dikatakan atau dengan kata pendek, dalam bahasa Koreanya adalah 시간이 없어요.



있어요 dan 없어요 boleh digunakan untuk membentuk pelbagai jenis ekspresi yang menarik dan sering dipakai dalam bahasa Korea.

재미 [ jae-mi] = seronok/keseronokan

재미 + 있어요 = 재미있어요 secara terus bermaksud 'Memang seronok' tetapi ia bermaksud 'Ia adalah seronok'.

    • Perasan atau tidak bagaimana kedua-dua perkataan ini ditulis (dalam bahasa Korea) tanpa ada apa-apa jarak antara mereka. Ini kerana ia sudah pun menjadi sebuah ekspresi atau perkataan yang sering diguankan.

Contoh)

TTMIK 재미있어요! [ jae-mi-i-sseo-yo] = TTMIK seronok! / TTMIK menarik perhatian

Translated by : Nisyaz aka Anis Syaza 아닛 샤자 :)