TTMIK tahap 1 pelajaran 19

From Korean Wiki Project
Revision as of 07:53, 17 March 2012 by Ytairah (Talk | contribs)

(diff) ← Older revision | Latest revision (diff) | Newer revision → (diff)
Jump to: navigation, search

Dalam pelajaran ini, anda akan belajar tentang partikel penanda topik dan partikel penanda subjek dalam Bahasa Korea. Kebanyakan bahasa (termasuklah Bahasa Malaysia) tiada partikel penanda subjek atau partikel penanda topik digunakan. Konsep ini mungkin baru bagi anda. Dengan sedikit latihan, cara menggunakan kedua-dua partikel ini akan menjadi lebih mudah.

Partikel penanda topik

[eun] / [neun]

Peranan utama partikel penanda topik adalah untuk memberitahu orang lain apa yang sedang anda katakan atau ingin katakan , dan partikel penanda topik disambungkan selepas kata nama.

Perkataan yang berakhir dengan huruf konsonan + -은

Perkataan yang berakhir dengan huruf vokal + -는

Contoh:

가방 [ga-bang] + 은 [eun]

나 [na] + 는 [neun]

Topik di dalam ayat, ditandakan dengan 은 [eun] atau 는 [neun] adalah biasanya (tetapi tidak selalu) sama dengan subjek ayat tersebut.

저 [ jeo] = Saya

저 + [neun] = 저 [ jeo-neun] = bagi saya / (Saya sedang bercakap) saya

학생이에요. [ jeo-neun hak-saeng-i-e-yo] = Saya adalah seorang pelajar.

Di dalam ayat di atas, perkataan 저 (saya) adalah topik ayat tersebut (memperkatakan tentang “saya”) dan juga adalah subjek bagi ayat tersebut (“saya” adalah subjek.)