TTMIK tahap 1 pelajaran 19
Dalam pelajaran ini, anda akan belajar tentang partikel penanda topik dan partikel penanda subjek dalam Bahasa Korea. Kebanyakan bahasa (termasuklah Bahasa Malaysia) tiada partikel penanda subjek atau partikel penanda topik digunakan. Konsep ini mungkin baru bagi anda. Dengan sedikit latihan, cara menggunakan kedua-dua partikel ini akan menjadi lebih mudah.
Contoh:
가방 [ga-bang] + 은 [eun]
나 [na] + 는 [neun]
Topik di dalam ayat, ditandakan dengan 은 [eun] atau 는 [neun] adalah biasanya (tetapi tidak selalu) sama dengan subjek ayat tersebut.
저 [ jeo] = Saya
저 + 는 [neun] = 저는 [ jeo-neun] = bagi saya / (Saya sedang bercakap) saya
저는 학생이에요. [ jeo-neun hak-saeng-i-e-yo] = Saya adalah seorang pelajar.
Di dalam ayat di atas, perkataan 저 (saya) adalah topik ayat tersebut (memperkatakan tentang “saya”) dan juga adalah subjek bagi ayat tersebut (“saya” adalah subjek.)
Tetapi keunikan Bahasa Korea boleh didapati pada ayat contoh berikutnya.
내일은 저는 일해요. [nae-il-eun jeo-neun il-hae-yo] = “Esok, saya bekerja.”
Di dalam contoh ayat di atas, 내일 [nae-il], esok, diikuti oleh 은 [eun], merupakan topik ayat tersebut. Subjek bagi ayat di atas adalah “saya” kerana bukan kata kerja 일하다 [il-ha-da], “bekerja” yang bekerja tetapi “saya” yang bekerja.
Partikel penanda subjek
이 [i] / 가 [ga]