TTMIK tahap 1 pelajaran 22

From Korean Wiki Project
Jump to: navigation, search

Dalam lesson 16, kita dah belajar macam mana nak buat kata kerja dalam bentuk kamus kepada bentuk present tense (현재 시제: hyeon-je si-je) dan dalam lesson 17, kita dah belajar yang kata kerja 하다 [ha-da] mempunyai cara yang sangat unik menjadikan kata kerja itu dikonjukasikan.


하다 [ha-da] = buat/lakukan


Bentuk kamus = 하다 Present tense = 하 + 여요 = 해요 [hae-yo] Past tense = 하 + 였어요 = 했어요 [hae-sseo-yo]


Kita juga ada menyebut yang kata kerja 하다 adalah sangat hebat dan perkataan yang sangat berguna. Ini kerana dalam bahasa Korea, terdapat banyak kata kerja yang dibuat dengan menggabungkan suatu kata kerja dengan 하다.


Banyak kata nama dalam bahasa Korea yang menunjukkan atau menggambarkan beberapa aksi atau tingkah laku yang boleh digabungkan dengan 하다, dan menjadi kata kerja.


Contohnya


  1. 공부 = pelajaran / 공부하다 = belajar
  2. 일 = kerja / 일하다 = bekerja
  3. 기억 = memori, ingatan / 기억하다 = mengingat
  4. 청소 = pembersihan / 청소하다 = membersih
  5. 요리 = masakan / 요리하다 = memasak
  6. 이사 = pindah / 이사하다 = berpindah
  7. 노래 = lagu / 노래하다 = melagukan --> menyanyi
  8. 노력 = usaha / 노력하다 = berusaha
  9. 동의 = perjanjian, persetujuan / 동의하다 = bersetuju, menyetujui
  10. 인정 = pengakuan / 인정하다 = mengaku
  11. 후회 = kesal, penyesalan / 후회하다 = menyesal
  12. 운동 = exercise: senaman, latihan gerak badan / 운동하다 = berlatih, bersenam
  13. 사랑 = cinta / 사랑하다 = bercinta, mencintai
  14. 말 = perkataan, ayat, bahasa / 말하다 = bercakap
  15. 생각 = fikiran / 생각하다 = berfikir


Membuat ayat-ayat negatif dengan kata kerja 하다


Untuk membuat ayat negatif menggunakan kata kerja 하다 (cuba tengok balik lesson 21 untuk pengetahuan lanjut macam mana membuat ayat negatif dalam bahasa Korea) awak perlu memisahkan bahagian kata nama dan bahagian 하다 itu lagi sekali dan menambah 안 diantaranya.


Contohnya:


생각하다 --> 생각 안 하다 노력하다 --> 노력 안 하다


Dan jika awak ingat daripada lesson 16, terdapat dua cara untuk membuat ayat negatif dalam bahasa korea: menambah 안 sebelum kata kerja dan menggunakan pengakhir kata kerja 지 않다. kalau awak nak guna 지 않다 dengan kata kerja 하다, cuma konjukasikan 하다 [ha-da] kepada 하지 않다 [ha-ji an-ta].


Best written by,

Wan Imran