TTMIK tahap 1 pelajaran 8

From Korean Wiki Project
Jump to: navigation, search

Ini BUKAN saya

Dalam pelajaran ini, anda dapat belajar bagaimana mengatakan sesuatu adalah sesuatu yang TIDAK. Sekarang, mari kita buat ulasan. Adakah anda ingat bagaimana mengatakan "ini" "yang" dan "/ itu" dalam bahasa Korea?

ULASAN

  • [i] = ini (yang dekat dengan anda)
  • 이거 [i-geo] atau 이것 [i-geot] = benda ini, barang ini, fakta ini
  • [geu] = itu (yang dekat dengan orang lain)
  • 그거 [geu-geo] atau 그것 [geu-geot] = benda itu, barang itu, yang itu, itu
  • [Jeo] = itu (yang ada/jauh di sana)
  • 저거 [Jeo-geo] atau 저것 [Jeo-geot] = benda itu yang ada di sana


사람 [sa-ram] bermaksud orang

이 사람 [i sa-ram] = orang ini, orang ini yang di sini, perempuan ini yang di sini, dia (lelaki), dia (perempuan)

그 사람 [geu sa-ram] = orang itu, orang tersebut, dia (lelaki), dia (perempuan)

저 사람 [Jeo sa-ram] = orang itu yang di sana, dia (lelaki), dia (perempuan)




아니에요 [a-ni-e-yo] = bukan, ini bukan, anda bukan 아니에요 [a-ni-e-yo] adalah bentuk 'present tense' dalam bahasa formal kata kerja adalah 아니다 (untuk tidak). 아니에요 [a-ni-e-yo] bermaksud "bukan." "Aku bukan." "Kau bukan." "Dia bukan." dan lain-lain

Jika anda hendak mengatakan yang sesuatu BUKAN sesuatu, kamu boleh kata sesuatu subjek dengan 아니에요 [a-ni-e-yo].


KATA NAMA + 아니에요 = BUKAN + KATA NAMA


Contoh:

  • 저 아니에요. [Jeo a-ni-e-yo] = Itu bukan aku.
  • 우유 아니에요. [U-yu-ni-e-yo] = Ini bukan susu.
  • 물 아니에요. [Mul a-ni-e-yo] = Ini bukan air.


Jika anda ingin mengatakan "Ini bukan susu." "Saya bukan pelajar." "Itu bukan taman." dan lain-lain, anda boleh menambahkan perkataan pada awal ayat.


susu = 우유 [u-yu]

bukan susu = 우유 아니에요. [u-yu-a-ni-e-yo]

Ini bukan susu. = 이거 우유 아니에요. [i-geo u-yu-ni-e-yo]


pelajar = 학생 [hak-saeng]

bukan pelajar = 학생 아니에요. [hak-saeng a-ni-e-yo]

Saya bukan pelajar. = 학생 아니에요. [jeo hak-Saeng a-ni-e-yo]


minum minuman keras = 술[sul]

bukan minuman keras = 술 아니에요 [sul a-ni-e-yo]

Itu bukan minuman keras. = 저거 술 아니에요. [jeo-geo sul a-ni-e-yo]


kucing = 고양이 [go-yang-i]

bukan kucing = 고양이 아니에요 [go-yang-i a-ni-e-yo]

Itu bukan kucing. = 그거 고양이 아니에요. [geu-geo go-yang-i a-ni-e-yo]